Skip to main content

Posts

Featured

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Aku Sebuah Televisyen           Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka sering menggunakan aku untuk berhibur. Oleh itu, ramai manusia ingin memiliki aku untuk berhibur semasa mereka di rumah, di warung-warung dan sebagainya.           Setelah aku dan rakan-rakan selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.           Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti akan melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecang...

Latest Posts